salam
sedang aku berjalan-jalan dekat blog.. aku tersinggah lah kat satu blog ni...aku tertarik dengan apa yang ditulis iaitu " cara-cara mengenali hati dan cinta lelaki " .
kat sini aku nak share sikit2 dengan korang pasal entry tu :)
Cara untuk mengenali hati dan cinta lelaki
Ada segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki lebih mudah dan senang jika berbanding dengan wanita. Ini kerana lelaki mempunyai sifat bertolak ansur, berterus terang dan jujur dalam persahabatan. Malah lelaki juga tidak menyimpan perasaan sesuatu perkara. Tetapi persoalannya adakah anda tahu lelaki mengenai soal cinta dan perhubungan cinta yang serius. Mengikut sesetengah pandangan atau pendapat jika anda pandai menyelami hati lelaki, sebenarnya jalan menemui kebahagiaan adalah amat mudah. Oleh itu anda harus mengenali hati dan keperibadian mereka untuk mencari makna cinta sejati. Berikut 3 perkara tentang lelaki yang perlu anda tahu.
- Sukar memuji kekasihnya
Anda dinasihatkan tidak perlu meminta pandangan mengenai diri anda daripada kekasih anda ataupun pujian daripadanya. Ini kerana lelaki mempunyai sikap dan sifat mata keranjang apabila meihat perempuan yang melalui di hadapannya, dia mungkin memandang dan merenung semahu-mahunya. Jadi anda harus bersedia untuk menhadapi dan cuba mengurangkan tabiatnya itu.
- Tidak suka untuk di atur
Kebanyakkan lelaki tidak suka atau gemar jika kehidupan diatur oleh pasangnya sendiri. Anda hendaklah kaji terlebih dahulu tabiatnya sebelum anda memberikan sebarang cadangan jika lelaki pilihan anda tidak suka kehidupanya ditentukan. Mungkin anda lihat perkara ini merupakan hal yang remeh temeh tetapi hakikat sebenarnya memberikan kesan negatif terhadap hubungan cinta anda.
- Memiliki sikap rasional pada sesuatu situasi
Sebagai contoh lelaki yang suka merokok. Tidak dinafikan ada segelitir wanita tidak mengemari situasi begini, namun anda berasakan tidak berhak menegurnya kerana tindakan ini mungkin ada baiknya agar pasangan anda tidak merasa tertekan dengan leteran atau teguran di atas tabiatnya itu. Namun sebagai orang yang mengambil berat terhadap kesihatannya, anda boleh mencuba mengingatkanya akan bahaya merokok. Tetapi anda jangan terlampau serius dan terlalu mendesak. Gunakan dalam gurauan sinis atau pendekatan yang lain mungkin dapat membantu.
2 comments:
laki mmng complex!! kna bnyak study sal diorang.. :P
tau xpe... susah nak paham laki nie an :P
Post a Comment